25 Safar 1434
Hari ini mengikut Takwim Islam atau Hijrah, iaitu 25 Safar 1434, genaplah setahun bertemu dengan Imam Muda Asyraf. Yang kebetulan, Imam Muda Asyraf bersama dengan anak dan isterinya sedang bercuti dan bersiar-siar di Taman Rekreasi, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) berhampiran Masjid Asy-Syakirin KLCC.
Saya rasa sangat gembira, berbangga dan bersyukur Alhamdulillah kerana dapat berjumpa, bersalaman, beramah mesra serta bergambar bersama Ikon Tokoh Muslim Malaysia atau dikenali sebagai Imam Muda Asyraf. Bagi saya, suatu peristiwa yang sangat ekslusif di dalam lipatan sejarah hidup saya, sama sekali tidak akan dilupakan.
Saya masih teringat sewaktu gemar mengikuti fenomena program Imam Muda, yang pertama kalinya diadakan di Malaysia. Yang hanya dapat menonton Imam Muda Asyraf menerusi kaca televisyen sahaja; membaca artikel di alam maya, laman Facebook Imam Muda Asyraf, ruangan akhbar dan majalah-majalah tempatan. Finally, I met Imam Muda Asyraf personally and exclusively without any crowd at that particular moment.
Saya minta beliau mendoakan saya. Saya berharap dan berdoa agar dengan berkat nasihat, doa dan aura beliau pada masa itu, semoga saya berjaya di dunia & di akhirat, menjadi Muslim yang sejati di sisi Allah. Saya jadikan Imam Muda Asyraf sebagai antara salah seorang role-model motivasi dalam hidup.
bersama Imam Muda Asyraf dan anaknya di dalam stroll |
# Saya menyertai International Conference on Global Movement of Moderates (GMM) di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC pada 23, 24, 25 Safar 1433 = 17, 18, 19 Januari 2012.
## Saya solat fardu Asar di Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada 25 Safar 1433 = 19 Januari 2012, sejurus selesai solat. Saya ternampak Imam Muda Asyraf dan seisi keluarga sedang duduk di sebuah pondok berhampiran masjid.