Saturday, March 9, 2013

Change the way of Life


12 Cara Pilih Sahabat

1.  Jika berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu.
2.  Jika rapatkan persahabatan dengannya, ia membalas baik persahabatanmu.
3.  Jika memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4.  Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
5.  Jika engkau meminta sesuatu bantuan, ia akan mengusahakannya.
6.  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia menanyakan kesusahanmu.
7.  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
8.  Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, ia menghargai.
9.  Jika datang sesuatu bencana menimpamu, ia akan meringankan kesusahanmu. 
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, ia akan membantumu.
12. Jika engkau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 

Wednesday, March 6, 2013

Seringkali kita baca Ayat ini, Tapi perlu memahami maksudnya

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir (sekalian makhluk-Nya). Dia tidak didatangi rasa mengantuk dan tidak pula tidur. Dia Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Dia Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (keluasan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (yang disampaikan oleh para rasul). Luasnya Kursiy Allah (atau ilmu dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan bagi Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Agung (kekuasaan-Nya).

Ayat Kursiy daripada Surah Al-Baqarah, 2:255

About Me

My photo
~Bachelor of Human Sciences (Psychology)(Honours) IIUM (2012)~ ~Fluent in Malay, English & Arabic~

Followers