Tuesday, August 30, 2011

Monday, August 29, 2011

"Change my dead heart" by Shaykh Zulfiqar Ahmad




Thank you to my brother Muhammad Abid Munir from Bahawalpur, Punjab, Pakistan by sharing this touching video.
May Allah bless you my Brother

Thursday, August 25, 2011

Mengenal Diri melalui Eksplorasi Hati

Bagaimana Mengesan Penyakit Hati
  •  Mula-mula menyedari bahawa hati itu berbolak-balik sifatnya. Sebelum hati menjadi semakin parah, eloklah merawat hati itu.
  • "Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu pelanggaran dosa." Kata-kata oleh Sheikh Ibn Ata'illah.
  • Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)." (Riwayat at-Tabarani)


Bagaimana untuk Mengubati Hati sedangkan ia tidak dapat dilihat?
  • Sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
  • Hindari daripada sifat hasad dengki.
  • Sentiasa melemparkan senyuman agar akan kelihatan ceria, tenang, segar dan manis.
  • Tidak bersifat sombong, bongkak, riak, ujub, takabur dan angkuh.
  • Menjadi seorang yang pemaaf.
  • Menghadiri majlis ilmu.
  • Sentiasa berzikir mengingati Allah.
  • Membaca Al-Quran.
  • Qiyamulail dan Tahajjud.
  • Bergaul dengan orang yang beriman dan soleh.
  • Istiqamah dalam amalkan puasa sunat.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Imam Al-Ghazali memberi panduan:
"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"



Sunday, August 21, 2011

Last 10 days of Ramadan and Tips




LailatulQadr - 10 malam terakhir Ramadan 1432 H



Sesungguhnya Engkau pengampun lagi Maha Mulia, Engkau suka mengampuni,
maka ampunilah aku.

Kejadian Manusia yang Pelbagai Bangsa, Warna Kulit

يا أيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير


O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes that you may know one another. Verily, the most honorable of you with Allah is that (believer) who has At-Taqwa. Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware.




Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.




Surah Hujurat, 49:13

Saturday, August 20, 2011

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah Adam dihalau Allah dari syurga, maka bertaubat Nabi Adam memohon kemapunan, beribu tahun lamanya Nabi Adam berdoa agar diampunkan dosanya, tapi doa baginda seperti tidak dimakbulkan Tuhan.
Didalam keadaan sedih lalu teringat Nabi Adam akan sebaris ayat di dalam syurga iaitu Laila Haillallah Muhammad Rasulullah, siapa Muhammad? Walaupun masib belum mengenali akan siapa Muhammad, tapi Nabi Adam percaya Muhammad adalah manusia yang dicintai oleh Allah sehinggakan ada namanya di dalam syurga, maka berselawatlah Nabi Adam untuk Muhammad dan memohon agar taubatnya diterima Tuhan dengan berkat nama Muhammad. Lantas Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Begitu berharga selawat di sisi Tuhan. Salamun alaik ya Muhammad.

Disampaikan oleh sahabatku: KBM (55:70)
1 Ramadan 1432 H = 1 Ogos 2011

Jalinan Kasih Sayang Orang Beriman

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kamu tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak menjalinkan kasih sayang sesama kamu. Mahukah kamu aku ajarkan satu perkata yang sekiranya kamu lakukan, akan dapat menjalinkan kasih sayang sesama kamu?
Sebarkanlah ucapan salam antara kamu." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), hubungkan silaturrahim, solatlah pada waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga dengan sejahtera." (Riwayat al-Tirmizi)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya apa yang dikasihi bagi dirinya sendiri." (Riwayat Imam al-Bukhari)

Tuesday, August 9, 2011

Perisai Seorang Mukmin

Perisai seorang Mukmin daripada syaitan terdapat tiga:-
1. Masjid
2. Membaca Al-Qur'an
3. Zikir akan Allah

Kasih Sayang

Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa sesiapa yang memiliki tiga perkara ini, mereka akan memperoleh kemanisan Iman :-
1. Orang yang kasih dan cinta kepada allah dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya.
2. Orang yang kasih kepada saudara seIslamnya semata-mata kerana Allah.
3. Orang yang benci untuk kembali melakukan perkara kufur dan maksiat sebagaimana dia benci dirinya dilontar ke dalam api neraka.
(Muttafaq 'Alaih)

Monday, August 1, 2011

1 Ramadan 1432 = 1 Ogos 2011

Dari Salman r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang terakhir dari bulan Syaaban, sabdanya, " Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadan) yang besar kemuliannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar). Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang terawih pada malam harinya. Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun. Sahabat-sahabat baginda berkata, "Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa." Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan, " Allah Taala akan memberikan pahala tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. Bulan Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka. Barang siapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadan akan diampunkan Allah dosanya akan dibebaskan dari neraka. Banyakan kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu ialah pertama, mengucap Asyhadu an la Ilaha Illallah; kedua, banyakkan beristighfar (memohon keampunan) kepadaNya dengan menyebut Astaghfirullah. Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah, pertama, (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadaNya dari azab neraka - dengan menyebut, Nas Aluka Jannah Wana Uzubika Minannar." Dan selain itu, (sabda baginda lagi), Barang siapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (Kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga."
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

About Me

My photo
~Bachelor of Human Sciences (Psychology)(Honours) IIUM (2012)~ ~Fluent in Malay, English & Arabic~

Followers