- Mula-mula menyedari bahawa hati itu berbolak-balik sifatnya. Sebelum hati menjadi semakin parah, eloklah merawat hati itu.
- "Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu pelanggaran dosa." Kata-kata oleh Sheikh Ibn Ata'illah.
- Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)." (Riwayat at-Tabarani)
Bagaimana untuk Mengubati Hati sedangkan ia tidak dapat dilihat?
- Sentiasa berbaik sangka sesama manusia.
- Hindari daripada sifat hasad dengki.
- Sentiasa melemparkan senyuman agar akan kelihatan ceria, tenang, segar dan manis.
- Tidak bersifat sombong, bongkak, riak, ujub, takabur dan angkuh.
- Menjadi seorang yang pemaaf.
- Menghadiri majlis ilmu.
- Sentiasa berzikir mengingati Allah.
- Membaca Al-Quran.
- Qiyamulail dan Tahajjud.
- Bergaul dengan orang yang beriman dan soleh.
- Istiqamah dalam amalkan puasa sunat.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam Al-Ghazali memberi panduan:
"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
No comments:
Post a Comment