Monday, August 1, 2011

1 Ramadan 1432 = 1 Ogos 2011

Dari Salman r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang terakhir dari bulan Syaaban, sabdanya, " Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadan) yang besar kemuliannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar). Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang terawih pada malam harinya. Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun. Sahabat-sahabat baginda berkata, "Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa." Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan, " Allah Taala akan memberikan pahala tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. Bulan Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka. Barang siapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadan akan diampunkan Allah dosanya akan dibebaskan dari neraka. Banyakan kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu ialah pertama, mengucap Asyhadu an la Ilaha Illallah; kedua, banyakkan beristighfar (memohon keampunan) kepadaNya dengan menyebut Astaghfirullah. Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah, pertama, (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadaNya dari azab neraka - dengan menyebut, Nas Aluka Jannah Wana Uzubika Minannar." Dan selain itu, (sabda baginda lagi), Barang siapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (Kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga."
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
~Bachelor of Human Sciences (Psychology)(Honours) IIUM (2012)~ ~Fluent in Malay, English & Arabic~

Followers