1. Jika berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika rapatkan persahabatan dengannya, ia membalas baik persahabatanmu.
3. Jika memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
5. Jika engkau meminta sesuatu bantuan, ia akan mengusahakannya.
6. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia menanyakan kesusahanmu.
7. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
8. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, ia menghargai.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpamu, ia akan meringankan kesusahanmu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, ia akan membantumu.
12. Jika engkau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Muhamad Zhafry Hakim
- ~Bachelor of Human Sciences (Psychology)(Honours) IIUM (2012)~ ~Fluent in Malay, English & Arabic~
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
ReplyDeleteMaksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".