Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432. Sudahkah kita berhijrah? Dengan kesempatan , peluang yang ada di tahun baru ini, kita berhijrahlah menjadi insan yang baik, berhijrah daripada tidak beriman menjadi beriman kepada Allah. Meningkatkan ketaqwaan dan memperbaiki amalan, agar memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. Peghijrahan perlukan keikhlasan, pengorbanan dalm menyucikan hati.
Tidak bermakna sekiranya menyambut Hijrah tetapi tidak mengambil iktibar daripada Sirah Nabawiyyah, perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam meneruskan penyebaran Agama Islam yang benar. Pelbagai bentuk ujian, rintangan dan cabaran, namun disebaliknya Rasulullah dibantu oleh Para Sahabat , ahli keluarga dan kaum kerabat yang benar-benar memahami dakwah Baginda. Semangat dan jiwa pemuda seperti Ali Abi Talib dalam menegakkan Agama Allah ini. Justeru , kita perlulah berani dan mempunyai keberanian dalam tegakkan agama Islam. Mudah-mudahan segala bentuk perjuangan dalam berdakwah akan dirahmati dan diberkati Allah. Allah Yang Maha Menolong hambaNya dalam apa jua sekalipun.
Ya Allah, ya Tuhan Kami, Kau terlalu banyak berlembut dengan kami. Kami telah banyak melakukan maksiat dan dosa. Kau masih lagi memberi peluang kepada Kami, Kami hanya lupa dan lalai dengan peluang yang kau bukakan buat kami. Kami terlalu mengikut nafsu-nafsu kami, dan terpengaruh dengan godaan dan hasutan Syaitan. Yang nikmat sementara itulah yang kami kejarkan, sedangkan nikmat yang hakiki kekal abadi di akhirat kami tidak nampak. Semoga kau bukakanlah pintu hati kami dan pintu taubat kami serta terima taubat dan hijrah kami kepadaMu, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Ghaffar.
Aku medoakan semua ahli keluargaku,saudara-maraku, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku, sahabat-sahabatku, rakan-rakanku,jiranku yang beragama Islam dan seluruh umat Islam agar sentiasa dilindungi , dirahmati diberkati Allah. Selamatkan Kami dari seksaan dan azab api neraka.
Ringkasan dan nukilan,
Zhafry Hakim.
1 Muharam 1432 = 7 Disember 2010 , Selasa.
Tuesday, December 7, 2010
Saturday, December 4, 2010
Pengenalan Diri
Assalamualaikum dan hai kepada semua, nama diberi Muhamad Zhafry Hakim. Sangatlah baru dalam alam maya blog ini. Terpanggil untuk cipta blog sendiri kerana setelah sekian lamanya hanya menjadi pembaca blog. Teruja untuk buat blog setelah tergerak pada pagi ini pada 4 Disember 2010 = 27 Zulhijjah 2010.
Secara perlahan-lahan belajar untuk menulis dan kongsikan ilmu atau idea melalui blogku ini.
Selamat datang, ahlan wa sahlan & welcome.
maaf atas segala kekurangan.
Secara perlahan-lahan belajar untuk menulis dan kongsikan ilmu atau idea melalui blogku ini.
Selamat datang, ahlan wa sahlan & welcome.
maaf atas segala kekurangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Muhamad Zhafry Hakim
- ~Bachelor of Human Sciences (Psychology)(Honours) IIUM (2012)~ ~Fluent in Malay, English & Arabic~